Isteri pemain bola skuad negara maut ditembak
ISTERI kepada pemain bola sepak Paraguay, maut ditembak ketika menyaksikan konsert, pada Isnin.
Cristina Vita Aranda yang mempunyai tiga anak bersama pemain Club Olimpia, Ivan Torres, mati sejurus dikejarkan ke hospital dengan kesan tembakan di kepalanya.
Media tempatan melaporkan Torres turut berada di tempat kejadian dan dia membantu membawa isterinya ke hospital.
Cristina yang juga seorang model dan selebriti media sosial baru-baru ini mengumumkan mereka merancang berpisah selepas 10 tahun berkahwin.
Dipercayai Cristina terperangkap dalam insiden tembak menembak di dewan utama konsert yang berlangsung di ibu kota Paraguay, Asuncion dan insiden itu kini dalam siasatan polis dan pendakwa.
Laporan yang belum disahkan menyebut sasaran sebenar penyerang ialah pengedar dadah yang dikenali sebagai Ederson Salinas Benitez.
Seorang lelaki turut maut dalam insiden berkenaan, manakala empat yang lain berusia antara 23 dan 40 tahun turut cedera ditembak dan sedang mendapat rawatan di hospital.
Cristina, yang mempunyai sejumlah 445,000 pengikut di Instagram merujuk dirinya sebagai jurulatih kecergasan peribadi walaupun dia bergelar model.
Posting terakhirnya adalah rakaman video bersenam di gim, yang dimuat naik empat hari sebelum kematiannya.
Sumber – Mstar