“Isteri saya 4 kali curang dengan empat lelaki”

“Isteri saya 4 kali curang dengan empat lelaki”

 

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Berbanding lelaki, wanita yang selalu menjadi mangsa keadaan namun itu bukan bermakna golongan hawa setia serta tidak bermain kayu tiga.

4 kali curang

Menerusi hantaran di Instagram (IG), penyanyi rap Caprice mendedahkan cerita sebenar yang dikongsikan oleh lelaki berstatus suami. Berdasarkan mesej itu, lelaki tersebut mendakwa isterinya sudah empat kali kantoi berlaku curang.

Katanya, tiga lelaki yang bersama isterinya itu adalah dari kalangan teman sepejabat serta kenalan hiking.

Dalam pada itu, lelaki terbabit nekad untuk tidak menceraikan isterinya selagi belum insaf selain perlu memohon maaf kepada dirinya dan ibu mentua.

Sekarang isteri saya minta cerai. Saya tak layan permintaan dia selagi tak bertaubat dan minta maaf dekat saya dan ibu saya.

Sementara itu, pemilik nama Ariz Ramli buntu mencari punca masalah ini boleh timbul.

Makin seram cerita kes skandal dekat tempat kerja. Saya masih tak faham agak-agak apa punca semua ini?