Isteri sedih ayah hina suami depan saudara mara sebab gaji tak sampai RM3 ribu, sampai dilabel keluarga daif

Isteri sedih ayah hina suami depan saudara mara sebab gaji tak sampai RM3 ribu, sampai dilabel keluarga daif

 

Ibu bapa seharusnya lebih memahami akan keadaan ekonomi anak dan menantu dan bukan mematahkan semangat mereka dengan menghina.

Pentingnya adalah usaha untuk menghalalkan anak, tidak kisahlah mereka kerja di kampung atau bandar, asalkan hidup serba serbi cukup.

Seorang wanita tidak menyangka tahun ini beraya dengan air mata apabila si ayah mula menghina dia dan suami.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Tahun ini saya beraya di rumah ibu bapa saya. Sedih betul rasa hati untu raya kali ini.

Macam biasalah sauda mara yang duduk jauh akan daang menziarah. Macam biasa semua duduk berkumpul dan bersembang.

Mereka mula berborak tentang gaji dan ekonomi, ayah pula cakap gaji RM3k sahaja tidak cukup untuk kelangsungan hidup.

Ayah jadikan suami saya sebagai contoh, katanya gaji suami tak sampai RM3k, kehidupan daif, apa pun tak ada.

Saya sebagai isteri nak menangis ayah cakap macam itu depan saudara mara. Mungkin saya ini anak yang hanya tahu menyusahkan sebab saya hanya suri rumah.

Sebelum kahwin lagi ayah tak suka menantu

Seawal saya berkahwin dengan suami lagi ayah memang jelas tak suka sebab suami hanya kerja kampung dan saya pula kahwin muda, baru 19 tahun.

Masa hamil anak pertama, saya dan suami duduk dengan keluarga saya, mereka pernah halau saya masa tengah sarat mengandung mungkin sebab masa tu gaji pun tak seberapa.

Walaupun makan gaji hari, suami tak pernah lupa hulur duit untuk beli barang dapur masa duduk bersama.

Sekarang saya dan suami sudah tinggal berasingan dan suami pun dah ada kerja tetap. Walaupun gaji tak cecah RM5k, dia tak pernah lupa nafkah saya.

Ingatkan bila duduk asing tu dah berkurang kata-kata menyakitkan hati rupanya tidak tetap jadi bahan caci maki.

Saya bimbang suami dalam diam simpan rasa sakit hati sebab dia tak pernah melawan dan hanya diam mendengar.

Risau hati ini akan mula membenci mak ayah jika mereka masih teruskan menghina saya dan suami.