Isteri taknak layan walaupun gaji suami kerja ‘offshore’ RM50K, pelik tiba-tiba minta cerai & tuntut harta sepencarian

Isteri taknak layan walaupun gaji suami kerja ‘offshore’ RM50K, pelik tiba-tiba minta cerai & tuntut harta sepencarian

 

SETIAP pasangan pasti mengimpikan ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berakhir sehingga hujung nyawa.

Begitulah yang diharapkan seorang lelaki yang bertugas di sebuah syarikat cari gali terkemuka.

Malah dengan gaji RM50,000 sebulan, dia sendiri tidak menyangka perkahwinan yang dibina sehingga memperoleh dua cahaya mata akan musnah.

Kisah yang diceritakan semula oleh seorang peguam ini lebih menyedihkan apabila si isteri bukan sahaja memohon penceraian tetapi turut menuntut harta sepencarian sebanyak 50 peratus.

“Kisah suami tersakiti 2023. Kesian brother ni,” tulisnya di halaman TikTok @nuraienakmal.

Menurutnya, anak guam terbabit terpaksa hidup dan amalkan percintaan jarak jauh (PJJ) dengan pasangan dari awal perkahwinan disebabkan tuntutan kerja.

Namun apabila pulang ke rumah, isterinya enggan melayan malah bersalam pun tidak dilakukan.

“Anak guam kerja offshore gaji RM50,000 sebulan. Tapi kalau cuti empat bulan di darat, dia tidak ada gaji.

“Hidup PJJ dari awal kahwin, isteri tidak mahu melayan dan bersalam.

“Dia pun tak mahu duduk sekali… siap pakej maki-maki,” cerita peguam terbabit.

Apa yang mengejutkan adalah isterinya tiba-tiba minta bercerai.

Disebabkan tiada pilihan, suami terpaksa bersetuju dengan kehendak isterinya.

Tambahan pula tiada fungsi untuk mereka mengekalkan ikatan perkahwinan yang dibina itu.

“Selepas bercerai, bekas isterinya datang menuntut 50 peratus harta sepencarian dan RM90,000 mutaah,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, nafkah edah juga diminta sebanyak RM7,000 selain RM6,000 bagi nafkah dua orang anak mereka.

Perkongsian peguam itu mengejutkan warga maya kerana pasangan mempunyai sumber kewangan yang kukuh tetapi isteri masih juga meminta cerai.

Rata-ratanya meluahkan pandangan masing-masing.

“Isteri ni tak semua kesihatan mental dia pada 100 peratus. Lagi-lagi kena berjauhan, ada tu sampai sakit meroyan sehingga ke tua.

“Mungkin si isteri tu ada yang tolong teman semasa suami offshore.

“Aku tak mahu PJJ dengan suami… kerja mana mampu, banyak (duit) belum tentu cukup, sikit belum tentu kurang. Bersyukur saja.

“Duit banyak, dua pilihan ada… bagi saja apa yang bekas isteri mahu dan biar dia jawab di akhirat atau cari peguam terbaik untuk lawan,” ujar beberapa warga maya.

Turut sama memberi komentar adalah seorang lelaki yang memiliki pengalaman sama.

“Sepatutnya semasa isteri minta cerai, buat perjanjian tebus talak. Macam saya, gugurkan semua hak dia,” jelasnya.

Antara komentar warga maya.