Isteri tergamam baca WhatsApp suami dengan anak murid lelaki, rupanya suami cikgu yang bernafsu songsang

Sudah mempunyai dua orang anak, seorang wanita tidak menyangka suami yang dinikahinya selama ini rupa-rupanya bernafsu songsang.
Dicemburui ramai kerana mempunyai suami yang tampan, baik hati serta rajin, wanita itu mengakui menyesal berkahwin dengan lelaki itu.
Wanita yang dikenali sebagai Lisa itu juga keliru sama ada mereka berkahwin atas dasar cinta atau sekadar menutup sisi gelap suaminya.
Bertugas sebagai pendidik, perkara itu terbongkar setelah Lisa terbaca mesej perbualan suami bersama bekas anak murid berjantina lelaki
Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, luruh jantung wanita itu apabila terbaca mesej mereka berdua yang berbaur lucah.
Memutuskan untuk membuka lembaran baru setelah suami bersujud memohon maaf, Lisa sekali lagi diuji Tuhan setelah disahkan menghidap Covid-19.
Beberapa hari tidur di bilik berasingan, Lisa tergerak hati untuk sekali lagi memeriksa telefon bimbit milik suaminya.
“Siap ajak anak murid dia tidur hotel, sejuk. Semuanya aku geli nak baca. Kali kedua hati aku hancur, jadi kali ni memang aku mengamuk,” luahnya.
Lisa sekali lagi memaafkan suaminya apabila memikirkan sifat lelaki itu yang rajin membantu menjaga anak dan mengemas rumah.
Malangnya, Lisa sekali lagi dikhianati selepas satu pendedahan mengejutkan dibuat oleh salah seorang anak murid suaminya.
“Budak tu cerita, suami aku suke anak ikan. Yang muda, yang jambu. Suka cakap lucah, hantar gambar kemaluan dia.
“Dia kata suami aku nakal, suka tinggalkan komen dekat video dan gambar lelaki bernafsu songsang.
“Aku penat nak menangis, tolong semua, apa patut aku buat? Bagi dia peluang lagi atau berpisah lagi baik?.” Soal Lisa meminta pendapat.