Isteri terkilan suami terlalu berkira, “Aku selalu tunggu sisa anak je..”
Biarpun sudah ketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini.
Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi bersikap kedekut apabila memberi nafkah kepada isteri.
Seperti yang dilalui oleh seorang wanita ini, dia berasa amat terkilan apabila suami mula pertikaikan ketika dia meminta duit belanja.
@kartikasaripelawii Huhu sedih 😭#fyp #suamiistri #viral
Kerana sudah tidak dapat tahan lagi, wanita berkenaan mengambil keputusan menangis dan meluahkan rasa sedih melalui platform TikTok.
Segalanya bermula bila si suami berasa terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.
Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.
Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 300,000 tanda suka dan sebanyak 16,000 komen yang diterima daripada para pengguna platform tersebut.