Isteri teruk dikecam, Ungku Ismail beri catatan buat Nad Zainal – “Untukmu yang jadi korban penggosip”
Sejak beberap hari lepas, nama pelakon Nad Zainal menjadi bualan ramai di media sosial di mana ramai yang mengritiknya berhubung dakwaan bergaduh dengan rakan artis.
Selebriti Sherry Alhadad, Nabila Huda dan Marsha antara yang terpalit dengan isu ini malah Sharifah Sakinah juga turut melabelnya narsistik.
Ekoran itu, ramai warganet menghentam Nad atau Nanad serta menyifatkannya sombong dan lupa diri dengan orang yang mendoakannya ketika kritikal tahun lalu.
Suaminya, aktor Ungku Ismail semalam berkongsi tentang catatan atau nota ringkas selepas isterinya teruk dikecam gara-gara kontroversi ini.
Untukmu yang jadi korban para penggosip. Orang yang di belakang suka membicarakan aib dan kekuranganmu.”
Sementara itu, tinjauan ke Instagram Nad Zainal mendapati aktres berkenaan sudah menukarkan akaunnya kepada mode privasi selepas kontroversi ini melanda dirinya.