Isteri Yonnyboii hamil 5 bulan, dedah berat badan turun 10 kg kerana alahan teruk

Isteri Yonnyboii hamil 5 bulan, dedah berat badan turun 10 kg kerana alahan teruk

Isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman berkongsi khabar gembira dengan menyatakan dia kini sedang hamil anak sulung yang kini kandungannya berusia lima bulan.

Perkongsian itu dikongsikan oleh isteri Yonnyboii menerusi hantaran di laman Instagram baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai.

Lama simpan rahsia, isteri Yonnyboii sah hamil!

Nik Nazira berkata, dia sudah lama menyimpan rahsia mengenai berita kehamilannya dan kini sudah tiba masanya berkongsi kepada orang ramai.

“Sudah berbulan menyimpan rahsia tapi kini saya mahu berkongsi beberapa bulan terakhir kehamilan saya kepada anda semua.
“Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan bapa,”tulisnya dalam sebuah hantaran.

 

Dia yang turut berkongsi dua kepingan foto berserta gambar ‘ultrasound’ bayi memohon agar orang ramai mendoakan urusan mereka menyambut kelahiran zuriat sulung dipermudahkan.

Berat badan turun 10 kg

Sementara itu, Nik Nazira berkongsi pengalamannya mengalami ‘morning sickness’ atau alahan teruk sehingga berat badannya turun sebanyak 10 kilogram.

“Sepanjang lima bulan awal, saya alami morning sickness yang sangat teruk. Sehingga tak boleh nak keluar dan terpaksa menolak jemputan banyak acara,”ujarnya.

 

Tak idam benda pelik, cuma berat saja turun

Ceritanya, sepanjang kehamilannya dia cuma mengalami penurunan berat badan sahaja dan tidak mengidam benda pelik-pelik seperti ibu hamil yang lain.

“Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, semuanya biasa sahaja… cuma disebabkan morning sickness itu berat badan saya turun dari 55 kg.
“Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,”ujarnya lagi.

 

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.