Isu bantahan saman RM10 ribu : Selepas Ahmad Maslan, Noraini pula dikecam netizen berlakon baik

Isu bantahan saman RM10 ribu : Selepas Ahmad Maslan, Noraini pula dikecam netizen berlakon baik

Semalam saya ulas tentang Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan yang berpura-pura menjadi pembangkang dan gesa kerajaan (yang sebahagian besar dianggotai oleh UMNO) untuk buka Parlimen.

Tadi saya nampak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Noraini Ahmad pula yang berpura-pura menjadi pembangkang.

“Wanita UMNO Sedia Khidmat Guaman” kepada mana-mana individu yang kena kompaun RM10,000. Padahal yang gagal diceritakan oleh Noraini Ahmad adalah UMNO juga ada dalam mesyuarat-mesyuarat untuk kerajaan kenakan kompaun sehingga RM10,000.

UMNO adalah kerajaan, bukan pembangkang.
Kerajaan yang dianggotai UMNO ini memutuskan untuk kenakan kompaun RM10,000.

Macammana UMNO setuju dengan kompaun RM10,000 tetapi pada masa sama, kononnya nak bantu rakyat dengan khidmat guaman pula?

Kalau nak bantu rakyat, mentadbir lah dengan adil. Jangan setuju dengan keputusan untuk kompaun RM10,000 kepada rakyat yang sedang susah, lapar dan sakit. Anda tidak boleh menjadi kerajaan dan cuba berselindung untuk bangkang keputusan kerajaan pula.

Anda adalah kerajaan.

Soalan saya, adakah UMNO mahu memberitahu kita bahawa UMNO tidak terlibat dengan keputusan kompaun RM10,000 dari kerajaan?

Atau UMNO cuba beritahu bahawa mereka boleh berselindung dari setiap keputusan tidak adil dari kerajaan dengan “membangkang” kerajaan supaya nampak molek di mata orang ramai?

Ulasan saya tentang Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan boleh dibaca di sini:

https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3770660623012936