Isu DNB-5G, Zahidi desak Zafrul dipecat
Kerajaan di cadang menukar Menteri Kewangan Datuk Sri Tengku Zafrul berhubung isu Digital Nasional Berhad (DNB), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Hasil pertemuannya bersama dengan Tengku Zafrul baru-baru ini tidak membuahkan hasil apabila Menteri Kewangan akan mencabarnya berkaitan isu rangkaian 5G oleh DNB ini.
“Saya minta Menteri Kewangan ini segera ditukar, katanya ketika ditemui di mesyuarat MKT UMNO hari ini.
Terdahulu, YB Datuk Zahidi telah menerima memorandum daripada Pemuda UMNO bagi menyiasat rangkaian 5G oleh DNB ini.
YB Zahidi kesal kerana dia tidak dijemput menyertai perjumpaan dan mesyuarat lain berkaitan DNB selain diberikan penerangan tentang hasrat kerajaan untuk mengekalkan DNB sebagai penyedia tunggal 5G di Malaysia.