Isu graduan bergaji rendah, susah-susah Rafizi cadang anak muda jadi ahli politik

Isu graduan bergaji rendah, susah-susah Rafizi cadang anak muda jadi ahli politik

Gila lama tak post kat Facebook.

Semua sembang pasal gaji fresh graduates.

Gaji fresh grad di INVOKE bermula RM3,200 sebulan, kenaikan gaji secara purata sejak 2 tahun lepas >10% setiap tahun. Selepas dua tahun, Insha Allah boleh cecah RM4,000 sebulan.

Tapi bosnya tak kaya lah ha3, kena pakai kereta yang sama dan duduk di rumah yang sama.

Dan ada masa mungkin kerja lambat balik sikit (ha3 masa audit macam sekarang).

Masalah gaji hanya boleh diselesaikan bila syarikat/majikan dan pekerja sama-sama faham.

Tuan punya syarikat kena faham bahawa kalau kita kaya raya tapi pekerja sengsara pun tak berkat. Cukup untuk kita hidup selesa dan apa-apa laba kongsilah balik dengan pekerja.

Yang pekerja kena faham bahawa syarikat perlu untung dan boleh bertahan untuk menanggung gaji yang munasabah. Maka pekerja pada umur yang muda perlu menghasilkan nilai kepada syarikat dan dapat mengendalikan kerja dengan cekap untuk menghasilkan nilai itu.

In Sha Allah berkat kepada pekerja, berkat kepada syarikat.

Selepas dua tahun, INVOKE lebih stabil secara kewangan. Tapi saya masih belum kaya ha3.

Soal gaji yang rendah ini tidak pernah dapat diselesaikan dengan baik. Kepada adik-adik, bertabahlah.

Susah-susah jadi ahli politik. Kena cara duit tak tahu nak buat apa ha3.

Rafizi Ramli