Isu Kamal Adli, netizen jumpa banyak komen ugutan menakutkan dalam setiap gambar berdua Uqasha & Kamal

Isu Kamal Adli, netizen jumpa banyak komen ugutan menakutkan dalam setiap gambar berdua Uqasha & Kamal

Kejadian yang menimpa pelakon, Kamal Adli tempoh hari sewaktu ekspo perniagaan di Singapura sememangnya mengejutkan ramai kerana berlaku begitu cepat.

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan yang kejadian tersebut berlaku disebabkan cemburu dan isu peribadi. Namun, pihak berkuasa meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara tersebut.

Dedah rupanya Uqasha-Kamal memang banyak terima ugutan

Disebabkan itu, netizen mulai ‘menyelongkar’ semula media sosial Kamal dan Uqasha Senrose dan mendapati beberapa komen yang mengugut mereka.

@insyirahroslxx

I’m not really a big fan of them. But look, I found this on uqasha’s instagram comment sections, all those men are creepy 😥 @kamaladli86 @@mstarmsia @pdrmsia_official #kamaladli

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Banyak ugutan di ruangan komen

Beberapa komen yang diperoleh dari media sosial jelas menunjukkan yang pasangan selebriti itu diugut dengan pelbagai ugutan yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Dari hari pertuangan dah terima komen?

Sebab obses dengan Uqasha ke?

 

Doa yang bukan2

Kamal kena ugut di komen

Takut tengok ugutan tu

Ugutan-ugutan tersebut sememangnya menakutkan dan ia sama seperti yang pernah diterima oleh Kamal menerusi aplikasi WhatsApp sebelum kejadian diserang menggunakan cota tempoh hari.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh TikTok @insyirahroslxx, ramai yang mengakui seram dengan ugutan-ugutan tersebut dan boleh menjadikan tangkapan layar berkenaan sebagai barang bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Minta elaklah benda2 gini

 

Obses sangat dengan Uqasha

 

Makin risau pulak macam ni

 

Terdahulu, Kamal Adli telah mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul berkali-kali menggunakan cota ketika berada di Singapura.

Setakat ini, Kamal sudah sedar dan dijaga isterinya, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya kini.