Isu makanan RMT tular, ahli keluarga pelajar mendakwa diugut pihak sekolah

Isu makanan RMT tular, ahli keluarga pelajar mendakwa diugut pihak sekolah

Pengguna media sosial yang mendedahkan isu menggemparkan mengenai makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa ahli keluarga murid yang dikaitkan dalam isu tersebut telah ditekan agar menutup mulut dalam isu tersebut oleh pengurusan sekolah pelajar terbabit.

Menurut dakwaan Zurina Hassan, pengguna FB yang menularkan isu tersebut, ibu-bapa kepada pelajar tersebut diarah menukar cerita oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, 2 guru RMT dan 3 wakil PIBG.

Dakwaan itu dibuatnya selepas di dalam ruangan komen laman FB rasmi Menteri Pendidikan, Radzi Jidin selepas menteri tersebut menganggap isu yang tular tersebut selesai.

Radzi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke sekolah terlibat bagi mendapatkan sendiri penjelasan isu tersebut daripada mulut pengurusan sekolah sendiri.

Sebelum ini tular dakwaan daripada seorang pengguna medoa sosial yang mempertikai kualiti makanan peserta RMT yang didakwa ‘sangat teruk’ untuk menjadi hidangan pelajar sekolah.

Dia turut mempersoalkan nilai peruntukan penyediaan makanan RMT yang menyebabkan pengusaha kantin hanya mampu menyediakan makanan seperti itu untuk dimakan penerima skim yang dikhususkan kepada penerima dikalangan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan itu.

Namun, pendedahan wanita tersebut dinafikan oleh pihak sekolah yang memaklumkan gambar makanan yang tular merupakan lebihan makanan yang dijual pengusaha kantin dan disedekahkan kepada murid tersebut, bukannya makanan RMT yang dimaksudkan.

Sehingga kini, pihak sekolah mahupun KPM masih belum memberikan respon berhubung dakwaan tersebut.