Isu nama Timah, Idris dikecam terlalu gemar ‘berkokok’

Menteri Agama, Idris Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat negara ini, khususnya dari kalangan beragama Islam selepas kegagalannya mempertahankan nama Timah dari digunakan sebagai nama produk minuman keras di negara ini.
Ini selepas janjinya sebelum ini untuk memastikan nama Timah tidak lagi digunakan dan ditukar kepada nama lain.
Walaubagaimanapun janji tinggal janji selepas presiden MCA mengumumkan khabar gembira kepada penggemar arak selepas kabinet bersetuju untuk terus mengekalkan penggunaan nama tersebut ke atas jenama arak keluaran syarikat Winepark Corporation (M) Sdn Bhd (Winepark) itu.
Namun hari ini, Idris sekali lagi berkokok hebat di hadapan media
“Atas nama apa (sekali pun) Timah, Dollah atau Wahab ke… kita tidak bersetuju,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu seperti dilaporkan Harian Metro.
Idris yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, Pas menegaskan pendirian yang jelas berhubung isu nama arak Timah.
“Dalam hal ini pendirian Pas bab arak jelas kita tidak bersetuju, dalam apa nama Timah atau tak Timah… itu jelas kepada kita (tidak pernah bersetuju) daripada awal lagi,” katanya.
Idris yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, Pas menegaskan pendirian yang jelas berhubung isu nama arak Timah.
“Dalam hal ini pendirian Pas bab arak jelas kita tidak bersetuju, dalam apa nama Timah atau tak Timah… itu jelas kepada kita (tidak pernah bersetuju) daripada awal lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung keputusan diumumkan Kabinet yang bersetuju mengekalkan nama berkenaan arak Timah itu.
Menurutnya, pihaknya setakat ini tidak melihat lagi pimpinan Pas yang bersetuju membabitkan isu berkenaan.
Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, syarikat pengeluar arak tersebut dikehendaki memasukkan label tambahan pada botol wiski itu untuk menjelaskan bahawa nama itu sebenarnya merujuk kepada bijih timah, seperti yang diusulkan oleh syarikat itu sendiri.
Terdahulu, Idris hadir menyerahkan sumbangan bagi Program Inspirasiku MyHAUS kepada keluarga Azidi Sudin,53, di rumahnya di Kampung Sri Aman Menglembu
Program MyHAUS Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif membantu keluarga Azidi yang hidup dalam serba kekurangan dengan menyerahkan sumbangan keseluruhan sejumlah RM50,000.
Meninjau komen yang diluahkan pembaca, rata-rata kecewa dengan peranan parti Islam tersebut di dalam isu yang dianggap mencabar umat Islam negara ini.
Malah ramai yang terkejut kenapa Pas yang memiliki 18 kerusi parlimen itu diperbodohkan parti MCA yang hanya memiliki 2 kerusi parlimen.