Isu pencerobohan tanah : Meskipun didesak 3 tuntutan, YB Hasnul beri komitmen lawan di mahkamah

Isu pencerobohan tanah : Meskipun didesak 3 tuntutan, YB Hasnul beri komitmen lawan di mahkamah

Kes Saman:
Nelayan vs Pegawai Khas Exco

Saya telah menerima 3 tuntutan saman yang dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Dun Titi Serong hari ini.

Antara tuntutan tersebut ialah meminta saya membuat permohonan maaf secara terbuka, memadam semua posting yang berkaitan di FB dan WhatsApp serta membayar sejumlah ganti rugi kepada plaintiff.

Saya menegaskan bahawa saya tidak akan sesekali memohon maaf, menarik balik atau memadam semua posting tersebut mahupun membayar ganti rugi kepada mereka.

Saya bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman mereka di Mahkamah demi mempertahankan rakyat Titi Serong yang berada di bawah tanggungjawab saya.

Saya akan menyerahkan kepada Peguam saya untuk menjawab segala dakwaan yang dikemukakan oleh mereka.

Lawan Tetap Lawan.

#NegaraRahmah
#khidmatKpdRakyat

Sumber : FB Hasnul Zulkarnain