Isu pengasuh tekap & hempas bayi, ibu terkilan ada pihak minta settle tepi

Isu pengasuh tekap & hempas bayi, ibu terkilan ada pihak minta settle tepi

 

Seperti diketahui umum, semalam tular 2 rakaman video memaparkan pengasuh wanita bertindak kasar terhadap seorang bayi di bawah jagaannya.

Susulan itu, ibu kandung kanak-kanak malang bernama Ash Adam tersebut juga tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pihak taska di Skudai tersebut.

Owner mohon maaf bagi pihak guru…tapi berapa lama dah benda ni terjadi?

Menerusi perkongsian terbaru di IG Story miliknya, Puan Farah dedahkan pemilik taska berkenaan hadir memohon maaf mewakili pihak stafnya.

Bagaimanapun, ibu kepada 2 anak tersebut pertikaikan sejak bila isu ini terjadi dan sudah berapa ramai kanak-kanak yang menderita akibatnya.

Pengasuh dah dipanggil beri keterangan…tapi ada juga pihak cuba minta parents ‘settle tepi’

Dalam pada itu, difahamkan pengasuh yang dirakam dalam video tular berkenaan telah pun dipanggil untuk memberi keterangan dan polis juga sudah buka kertas siasatan.

Namun sebelum itu, Puan Farah dedahkan ada pihak tertentu membuat cubaan untuk selesaikan isu dengan keluarganya tanpa melalui proses undang-undang.

Pengasuh siap datang beraya rumah mereka minggu lepas…tak sangka jadi macam ni

Difahamkan lagi, hubungan antara pengasuh viral tersebut dengan keluarga Puan Farah amat baik sejak menjaga anak sulungnya lagi beberapa tahun dahulu.

Bahkan, suspek turut datang ke rumah mereka untuk beraya pada minggu lepas.

Namun begitu, tubuh Puan Farah dikatakan sampai menggigil apabila tonton sendiri anak keduanya dilayan kasar dalam video tular tersebut.