Isu poligami sebab tak ada zuriat, juru makmal dedah lelaki paling banyak masalah kesuburan
Nampaknya isu poligami masih banyak diperkatakan di media sosial, masih ramai yang terkesan dengan topik ini sehinggakan ia seakan menjadi satu isu yang ‘wajib’ dibincangkan oleh semua pihak.
Isu ini kembali hangat dibincangkan selepas seorang pempengaruh mengeluarkan kenyataan sebab dia berpoligami adalah kerana isteri pertamanya tidak mampu memberikannya zuriat.
Suka ataupun tidak, isu berkenaan kesuburan ini sering kali dikaitkan dengan kaum wanita, pun begitu seorang juru makmal perubatan yang dikenali sebagai Muhammad Noor bin Zakaria menerusi TikTok miliknya menyatakan perkara yang sebaliknya.
@dodosentoso Lama x merentan. Tapi kali ni mdno cakap la since berkenaan dengan kesuburan kan.? #kesuburanlelaki #ujiankesuburan #suamiisteri
♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mahukan zuriat, Muhammad Noor menerusi TikTok miliknya @dodosentoso berkata kaum lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi masalah kesuburan.
“Kalau mampu, kahwin. Isteri pertama bagi, kahwin… tak perlu beritahu alasan tidak logik sebab sebagai seorang manusia yang melihat air mani orang, setiap hari, jangan bagi alasan cakap isteri tak dapat bagi anak, kita nak kahwin lain.
Janganlah, cakap sajalah kita nak kahwin lain, tiada sesiapa pun boleh menghalang.
Saya nak beritahu ya, daripada sepuluh sample (air mani) saya analisis pada setiap hari, katakanlah sepuluh, enam daripadanya bermasalah teruk. So, kita kena look into it benda ni sebenarnya. Sebab ramai ada masalah kesuburan sekarang ni,”katanya.
Dia mengingatkan, pasangan yang susah untuk mendapatkan zuriat untuk melakukan pemeriksaan kesuburan terlebih dahulu, bukannya terus mengambil keputusan untuk berpoligami.
Selain itu, juru makmal perubatan itu juga berkata buat mereka yang berniat untuk berpoligami untuk fikirkan perasaan semua pihak termasuklah isteri, anak-anak serta mentua.