Isu protes #KerajaanGagal : Pemuda Umno Johor tawar khidmat guaman percuma

Isu protes #KerajaanGagal : Pemuda Umno Johor tawar khidmat guaman percuma

Pemuda Umno Johor menawarkan khidmat guaman percuma kepada sekumpulan pemuda yang ditahan polis kerana menyertai himpunan “kerajaan gagal” di Batu Pahat baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Mohd Fared Khalid berkata, bantuan itu tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi dan ia tidak menandakan mereka menyokong tindakan individu ditahan terbabit.

“Ia adalah inisiatif bagi membantu keluarga yang terkesan dan tidak memiliki keupayaan kewangan bagi yang mahu mendapatkan khidmat guaman, ditambah dalam suasana Aidilfitri, perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Covid-19,” katanya dalam kenyataan. – FMT