Isu royalti : Ketika Pas pilih berdemo, Husam cadang tentukan sempadan perairan Kelantan-Terengganu segera

Isu royalti : Ketika Pas pilih berdemo, Husam cadang tentukan sempadan perairan Kelantan-Terengganu segera

Kejutan paling besar dilakukan kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri apabila menamatkan pembayaran royalti petroleum yang dibayar kerajaan PH kepada negeri Kelantan.

Isu yang sepatutnya telah diselesaikan sebelum ini mula menjadi isu selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang diakui menteri Melayu Islam terbaik oleh Pas sebelun ini bertindak menggantikan pembayaran royalti kepada wang ihsan.

Hari ini, portal akhbar MalaysiaGazette melaporkan pendirian Pemuda Pas Kelantan untuk terus mendesak, berhujah dan menadah tangan berdoa dalam mempertahankan hak dan tidak sanggup lagi melihat negeri ini terus dikesampingkan berhubung isu royalti petroleum.

Ketua Pemudanya, Mohamad Kamal Mohamed berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh bersama Menteri Besar Kelantan dalam mempertahankan hak rakyat Kelantan dalam isu ini.

Tanpa prejudis, apatah lagi melalui peruntukan jelas dalam perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri dan Petronas serta keputusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, relevansi bayaran tunai kepada negeri perlu dilunaskan bukan di atas nama wang ehsan.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan membabitkan isu wang ihsan atau royalti petroleum negeri inin selepas memandang serius jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, ini kerana jawapan tersebut dilihat tidak selari dengan kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

”Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan akan memansuhkan Program Wang Ihsan dan Bayaran Tunai Petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

“Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui oleh kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai tahun lalu oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis lal berkata, Tengku Zafrul memberitahu Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

Husam dalam kenyataan berasingan mencadangkan tindakan bijak dari MB Kelantan agar segera menentukan sempadan perairannya dengan kerajaan Pas Terengganu bagi mendapatkan semula hak royalti tersebut.

Cadangan tersebut mendapat pujian warga Kelantan, terutama selepas melihat kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob dan barisan Exconya seolah hilang punca dalam usaha mendapatkan semula hak mereka yang dirampas sekian lama kerajaan pusat.