Isu saman terhadap Sanusi dikait punca Isham Jalil dipecat BN Selangor

Isu saman terhadap Sanusi dikait punca Isham Jalil dipecat BN Selangor

Bekas pegawai Najib Razak, Isham Jalil hari ini mengumumkan tidak lagi menjawat jawatan dalam Barisan Nasional Negeri Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkannya melalui satu hantaran FB miliknya beberapa jam yang lepas.

Saya telah dimaklumkan hari ini bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Berdasarkan surat daripada Barisan Nasional Selangor yang dilampirkan di bawah, ini adalah kerana jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional negeri tidak termaktub di dalam Perlembagaan Barisan Nasional.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri. Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. Sekiranya kita ikhlas, istiqamah dan sabar, Allah SWT akan bantu dan berikan kita kejayaan demi masa depan negara dan anak cucu kita semua, InshaAllah.

Sekian. Terima kasih.

Salam.
ISHAM JALIL
8 Jun 2022

Sementara itu,penganalisa politik berpendapat penguguran Isham berkait rapat dengan isu saman terhadap MB Kedah, Sanusi Mat Nor baru-baru ini.

Semalam, Isham mendedahkan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat itu akan dipanggil polis bagi memberikan kenyataan berhubung fitnahnya mengaitkan Isham dalam kebocoran dokumen PasLeak.

BN Selangor melalui pengerusinya, Noh Omar sebelum ini menegaskan untuk memohon kuaaa autonomi daripada presiden IMNO bagi terus mengekalkan kerjasama dengan Pas di negeri itu bagi mencerahkan peluang merampas kerajaan Selangor daripada PH.

Noh dalam satu kenyataannya dilaporkan Malaysiakini membangkitkan kekalahan BN pada PRU-14 lalu adalah kerana berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan PAS.