Isu SUK Kelantan potong Q : Exco Kesihatan nafikan

Isu SUK Kelantan potong Q : Exco Kesihatan nafikan

Selepas tular dakwaan SUK Kelantan dan stafnya terlibat dalam isu potong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin lebih awal dari jadual yang ditetapkan, Exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio kesihatan pantas menjawab dakwaan tersebut.

Dalam hantarannya di laman Instagram kelantan.tv, media rasmi penerangan Negeri Kelantan itu, dia menegaskan dakwaan tersebut adalah satu fitnah dan pembohongan yang diada-adakan.

Dia memberi jaminan, kerajaan negeri tidak akan sekali-kali mencampuri urusan menentukan senarai penerima vaksin yg ditugaskan kepada Jabatan Kesihatan Negeti Kelantan (JKNK)

Disamping itu dia juga menegaskan kerajaan tidak pernah membincangkan mahupun memberi tekanan kepada JKSK supaya mendahulukan pemimpin berbanding frontliners bagi suntikan vaksin tersebut.