Isu tak makan sardin tin tempatan jadi bualan, Dr Rafidah akui tidak terkesan dengan kecaman
Sebelum ini nama Pakar Perubatan dikenali dengan nama Dr Rafidah menjadi perhatian ramai selepas menegur cara masakan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming yang didakwa banyak minyak dan tak bagus untuk kesihatan.
Belum pun reda isu tersebut, timbul pula teguran berkias mengenai penjual air balang menjual minuman di dalam akuarium.
Terbaharu isu makan sardin dalam tin pula menjadi topik teguran Dr Rafidah dan telah menimbulkan ketidaksenangan segelintir netizen.
Dalam ciapan di Twiiter, terbaharu Dr Rafidah Abdullah menulis dia tidak mengamalkan makan sardin di dalam tin kerana kandungan presevatif dan garam yang tinggi.
Berikut adalah tulisan Dr Rafidah mengenai isu tak makan sardin tin tempatan itu:
Ramai yg tanya saya pasal sardin. Saya tidak makan sardin dlm tin; apatah lagi menggorengnya. Makanan dlm tin banyak preservatif dan garam. Biasa saya makan ikan fresh sahaja, grilled. Betul tanggapan ramai.
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 7, 2023
Bagaimanapun Pakar Perubatan ini juga akui gemarkan ikan sardin dalam tin dijual di United Kingdom (UK) berbanding keluaran tempatan.
“Canned sardines ada yang okay. Yang biasa saya beli di UK okay. Yang penting, baca kotak ingredient di tepi. Yang biasa kita dapat di Malaysia, saya tidak suka.”
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir yang tidak setuju dengan pendapat Dr Rafidah isu ikan sardin dalam tin ini.
Namun ada juga yang pelik mengapa netizen membidas kenyataan pakar perubatan tersebut.
Dalam satu muat naik berbeza, Dr Rafidah mengeluarkan kenyataan yang mana dia langsung tak terkesan dengan kecaman diterima mengenai isu tegurannya sebelum ini.
Malah pakar perubatan ini akan terus memberikan nasihat kesihatan kepada masyarakat.