Itu hanya pilihan MP bukannya MKT, Tok Uban dedah rahsia pemilihan Ismail Sabri sebagai PM

Itu hanya pilihan MP bukannya MKT, Tok Uban dedah rahsia pemilihan Ismail Sabri sebagai PM

Petang semalam, temubual ‘Consider This’ di Astro Awani dengan saya dirakamkan untuk siaran sebelah malam.

Saya ditanya mengenai keputusan UMNO untuk menamakan DS Ismail Sabri sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri menggantikan TS Mahiadin.

Jawapan saya simple sahaja.

Yang ditanya untuk menamakan seorang saja calon adalah ahli-ahli parlimen dan bukan parti. Maka MKT UMNO membuat keputusan untuk menyerahkan perkara ini kepada ahli-ahli parlimen UMNO dan BN.

Umum mengetahui ahli-ahli parlimen sudah berpecah dalam soal sokongan kepada TS Mahiadin dan kerajaan PN. Ada 15 yang bersama MKT UMNO dan menarik balik kepercayaan mereka kepada kerajaan PN. 23 lagi, samada mahu menunggu sidang parlimen September ataupun tetap bolih menerima kerajaan PN kepimpinan TS Mahiadin.

Namun, apabila soalnya ialah pengisian jawatan PM, parti tidak pernah mengecewakan pemimpin mereka walau apa pun sikap pemimpin itu terhadap parti.

Semenjak PRU14, UMNO berada dalam luar biasa. Awal-awal terkesan dengan ahli-ahli parlimen yang sanggup mengkhianati kepercayaan parti dan mandat rakyat untuk melompat keluar dari UMNO.

15 ke PPBM. Seorang ke Warisan. Itu di peringkat Parlimen. Di Sabah, sehingga bertukar kepimpinan di peringkat bahagian.

Setelah Langkah Sheraton, ahli-ahli parlimen UMNO ada yang merasa balik jawatan dalam kerajaan atau badan-badan berkaitan kerajaan.

Kedudukan UMNO dan BN bersama kerajaan baru kepimpinan TS Mahiadin tidak pula berasaskan apa-apa perjanjian gabungan. Ianya semata-mata berasaskan persetujuan parti untuk bersama-sama PPBM, PAS dan GPS membentuk sebuah kerajaan.

Perbezaan pendirian antara ahli-ahli parlimen UMNO dengan parti mula ketara setelah PAU 2020 apabila adanya juga pendapat bertentangan dari segi yang pokok dan soal masa atau ‘timing’ pelaksanaan usul PAU 2020.

Perbezaan pendirian antara ahli-ahli parlimen dengan parti adalah suatu yang baru bagi UMNO.

Buat masa ini, parti memberi ahli-ahli parlimennya kuasa untuk terus bersama dengan PPBM dalam sebuah kerajaan kepimpinan DS Ismail Sabri.

Terserahlah kepada ahli-ahli parlimen UMNO dibawah kepimpinan DS Ismail Sabri membuktikan kerajaan barunya lebih berkesan dari kedua-dua kerajaan sebelum ini.

Apapun, tahniah kepada kepimpinan parti yang sentiasa menekankan kepada sikap dan pendirian cara bersama atau ‘enbloc’.

Tahniah kepada DS Ismail Sabri kerana dipilih untuk pula memimpin gabungan BN-PN-GPS dan mereka yang akan diamanahkan tanggungjawab dan tugas.

Kekaguman saya terhadap DS Najib kerana walaupun berkali sindiran ‘kleptokrat’ terhadapnya dijadikan sebab perletakan jawatan oleh dua PM, ditambah dengan makian oleh seorang sahabat lama, beliau tetap meletakkan kepentingan kumpulan yang ramai diatas soal dirinya.

#DemokrasiBerparlimen
#UMNOsebuahPerjuangan