“Itu namanya bukan idola, lebih baik depa m*mpos saja jadi ulat sampah,” – Sharnaaz naik angin tempelak influencer tak ambil kisah isu kekejaman Isra.el
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menempelak segelintir selebriti yang tidak menggunakan pengaruh mereka membantu menyebarkan kebenaran mengenai konflik Israel dan Palestin.
Memetik Harian Metro, Sharnaaz yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin itu berkata, masih ramai selebriti dan pempengaruh media sosial enggan menunjukkan sokongan terhadap saudara seagama di Gaza, Palestin disebabkan takut kehilangan tawaran dari jenama antarabangsa.
“Berapa ramai idola anda semua yang pengecut takut hilang pengikut atau tawaran kerja hanya kerana menyokong Palestin?
“Itu namanya bukan idola, lebih baik m*mpos saja jadi ulat sampah,” tulisnya di media sosial.
Dalam masa sama, Sharnaaz mengakui dia bulanlah insan yang baik, namun terbuka menzahirkan sokongan kepada Palestin.
“Aku bukan Muslim yang baik, bukan yang alim dan celik agama tapi aku tetap akan bersama Palestin,” katanya.