Izhar dan ADUN raba tetek AJK Serikandi tinggalkan Bersatu, sertai UMNO semula

Izhar dan ADUN raba tetek AJK Serikandi tinggalkan Bersatu, sertai UMNO semula

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad dikhabarkan akan menjadi seorang lagi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang akan mengundur diri daripada parti berkenaan.

Desas-desus perkara itu menjadi semakin hangat apabila Izhar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin dijangka mengadakan sidang akhbar khas di sebuah hotel di bandar raya ini kira-kira jam 4 petang.

Menurut sumber, sidang media khas yang akan diadakan itu memang benar untuk menjelaskan persoalan berhubung statusnya sebagai ahli Bersatu.

“Kalau ikut apa yang dikhabarkan betul (khabar angin keluar Bersatu). Tapi kita tunggu sendiri apa yang beliau akan cakap petang,” kata sumber itu ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang mengumumkan keluar daripada parti berkenaan bersama 23 lagi pimpinan bahagian.

Mazlan berkata, akan ada ramai lagi pimpinan daripada Bersatu yang akan mengikut jejak langkahnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Sebagaimana pernah dilaporkan media dan ramai rakan saya sendiri cakap saya dianaktirikan dalam Bersatu. Saya tidak mahu cerita sedalam-dalamnya, cukuplah perkataan (dianaktiri) dilontar rakan-rakan saya,” katanya.

Sementara itu, ADUN yang dikairkan dengan isu gangguan seksual terhadap seorang AJK Serikandi Bersatu turut dikaitkan akan keluar parti untuk kembali menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Namun sehingga kini, masih tiada pengakuan dibuat ADUN tersebut mengenai dakwaan tersebut.