Izreen & Ude selar sikap Intan Salleh, “Sudahlah, jangan nanti bising-bising kat IG, Allah buka aib kau”
“Kau nak apa sebenarnya, aku ada rampas apa-apa dari hidup kau ke?” Berikut antara luahan tidak puas hati Intan Liana Salleh menerusi IG Story pagi tadi, berkaitan soal siapa belum move on meskipun dah masuk 2023.
Dia mendakwa sehingga kini, pihak sebelah sana sibuk masuk campur urusan rumah tangganya termasuklah mencanang isu bertahun-tahun dahulu.
Orang tanya kenapa tak maafkan, sebab cerita sebalik tabir yang aku hadap…tapi hal peribadi yang dia sibukkan, ugut tak sudah-sudah
Mengulas lanjut, Intan tetap bertegas masih tidak memaafkan kerana ada cerita ‘sebalik tabir’ dihadapinya.
Meskipun telah berdiam dan move on bersama pasangan terkini, namun ibu kepada 3 anak ini pelik mengapa dirinya sering kali dikutuk serta diugut oleh isteri bekas suaminya.
Sumber : IG Story Intan Salleh
Tak tau siapa yang belum move on, up gambar ex walaupun dah berlaki…meh jumpa kalau diri tu betul sangat
Susulan itu, pelakon Izreen Azminda persoalkan balik siapa yang belum move on dan memuat naik gambar ex walaupun sudah bersuami.
Katanya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu berbalas kenyataan di media sosial. Namun itu sahaja pilihan yang ada, memandangkan pihak Intan didakwa tidak mahu bersemuka sejak dahulu lagi.
Sumber : IG Story Izreen Azminda
Sumber : IG Story Izreen Azminda
Ajak settle depan tak nak, tau-tau up kat IG…nanti Allah buka aib, masa tu tak cukup tanah kau nak sembunyi
Dalam pada itu suaminya, Ude Wahid turut bahaskan isu yang sama. Meskipun sudah dihubungi atau diajak selesaikan masalah, namun kesabarannya teruji apabila pihak belah sana sering muat naik sesuatu di Instagram secara terbuka.
Sambil luahkan masing-masing sudah meningkat usia, pemuzik ini juga akui dirinya mahu jalani hidup dengan aman damai.