Jahanam!!! Bazar Ramadan Tok Adis dibenar beroperasi semula

Jahanam!!! Bazar Ramadan Tok Adis dibenar beroperasi semula

Bazar Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai, di sini dibenar beroperasi esok selepas ditutup selama tiga hari bermula 16 April.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, kebenaran beroperasi lebih awal diberikan setelah pihak penganjur memberi jaminan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bazar Tok Adis sebelum ini diarahkan tutup 14 hari ekoran gagal mematuhi SOP namun dipertimbangkan untuk beroperasi lebih awal selepas penganjur memberi jaminan untuk patuh SOP.

“Perkembangan ini diharap memberi kelegaan kepada peniaga setelah dua hari tidak dapat beroperasi,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Alias bagaimanapun berkata, bazar tersebut masih dalam pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

“Pihak penganjur perlu memastikan semua pengunjung mematuhi SOP bagi membolehkan ia terus dibenarkan beroperasi,” katanya.

Bazar Ramadan terbabit menjadi bazar pertama di Terengganu diarah ditutup sementara selama 14 hari bermula 8 malam Jumaat hingga 30 April.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perintah penutupan itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Menurutnya, notis penutupan dikeluarkan mengikut Seksyen 18 (1) (f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – SH