“Jahat macam mana pun kita, jangan tinggal solat” – Hafidz Roshdi pesan kepada diri sendiri

“Jahat macam mana pun kita, jangan tinggal solat” – Hafidz Roshdi pesan kepada diri sendiri

Biarpun dihenyak warganet susulan kontroversi rumah tangganya, pelakon Hafidz Roshdi terus berkongsi perkembangan terkininya di media sosial saban waktu.

Terbaharu, Hafidz memuat naik sekeping foto berserta kapsyen berbentuk pesanan buat dirinya sendiri.

“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan, tapi ingat Allah maha pengampun.

“Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya bersama tanda pagar #PeringatanDiri Sendiri.

Menariknya, perkongsian Hafidz itu disulami dengan lagu Kalah Dalam Menang, nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi.

Tulis warganet; “Lah, boh lagu geng dia pula dah.”

Tidak sampai sejam, hantaran Hafidz itu dibanjiri dengan pelbagai komen berbentuk sinikal dan provokasi terhadap isu yang tengah berlarutan.

“Welcome to the club ‘tak cukup 1’.

“Dia memang kalau tetiba curang lepastu jadi tunggang agama ke?

“Curang macam mana pun kita, jangan tinggal solat. Saya tolong abang betulkan caption.

“Minta maaf kat wife bang, jangan acah-acah tersakiti takut nanti semua pengarah tah nak ambil bang.

Rezeki dari Allah tapi jangan lupa rezeki pun ada dari bini dan anak-anak,” demikian tulis beberapa pengguna media sosial.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tangkap layar Instagram Story milik isteri Hafidz, Nurul Shuhada ditularkan.

Dalam kenyataannya, rumah tangga yang mereka bina seakan diganggu orang ketiga sehingga dia merasa cukup menderita.

Terbaharu pula tular tangkap layar perbualan Hafidz bersama seorang wanita bertudung yang berbalas panggilan ‘sayang’.