Jahidah Nordin masih terlantar, suami pula bebas ride motor & layan aplikasi dating?

Jahidah Nordin masih terlantar, suami pula bebas ride motor & layan aplikasi dating?

 

Sebelum ini, adik kepada Jahidah Nordin akui seluruh keluarganya belum dapat menerima apa yang dilakukan oleh suami wanita tersebut.

Lebih menyakitkan hati, suspek yang sudah dibebaskan dengan ikat jamin siap memuat naik video di TikTok bercerita mengenai kehidupan baharu.

Merayu dibenarkan jamin sebab ada 4 bini 7 anak…tapi enjoy berskandal, ikut geng motor

Baru-baru ini, Fauziah Nordin terkilan melihat posting terbaru yang dimuat naik oleh suspek.

Meskipun dulu pernah merayu jaminan dikurangkan atas alasan menanggung ramai isteri dan anak, namun lelaki itu didakwa kini ‘bahagia’ berjalan ke pelbagai tempat.

Senang lenang konvoi sampai Kedah…tipu konon kerja kat Singapura

Fauziah berkata, suspek kini mengikuti trip konvoi motosikal hingga ke negeri Kedah.

Tak cukup dengan itu, bekas peniaga tersebut juga didakwa berkenalan dan memperdaya beberapa perempuan melalui satu aplikasi dating. 

Adik Jahidah turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan salah seorang individu yang pernah didekatinya.

Perbicaraan seterusnya 26-28 Februari di JB…ingat ke tu?

Dalam pada itu, Rosmaini Abd Raof turut diingatkan supaya tidak lupa tarikh perbicaraan seterusnya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 hingga 28 Februari nanti.

Untuk rekod suspek pernah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan serius terhadap isteri ketiganya, Jahidah pada 4 Mei 2021.

@babypianhq

😭komen utk part 2😭 #fyp #jahidah #dera #rahma #kasihpillow

♬ original sound – BabyPian – BabyPian