JAIS batalkan kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Selangor

JAIS batalkan kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Selangor

 

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan dia terpaksa membatalkan sebuah Kuliah Maghrib Perdana yang sepatutnya diadakan di sebuah masjid di Bukit Jelutong, Selangor pada Ahad ini.

Penceramah berusia 59 tahun yang mesra dengan panggila UAI itu berkata, pembatalan program tersebut adalah atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari terpaksa dibatalkan…
“…atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor,” tulisnya dalam satu kenyataan di laman Facebook tengah malam tadi.

Dalam hantaran sama, beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan ceramah untuk rakyat Selangor yang pasti dinanti-nantikan orang ramai.

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda. Kuliah berkenaan akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” ujarnya.

Hantaran tersebut dikongsi semula sebanyak 2,800 kali dan meraih 25,000 tanda suka serta 4,000 komen dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata meluahkan rasa kecewa berhubung pembatalan program terbabit selain mempersoalkan punca JAIS bertindak demikian.

Kami bersama Tuan Guru

Bukan kaitan kerajaan negeri, tapi Majlis Agama Negeri

Takpe, alam maya masih ada

Sedih la pula, negeri saya…