Jambatan kaca tiba-tiba pecah, pelancong maut terjatuh ke dasar tanah

Jambatan kaca tiba-tiba pecah, pelancong maut terjatuh ke dasar tanah

 

Jambatan kaca setinggi 15 meter di kawasan pelancongan The Geong di Jawa Tengah di Indonesia dilaporkan pecah pada Rabu.

Maut terjatuh jambatan kaca

Menerusi video yang tular di media sosial memaparkan, empat orang pelancong sedang bergambar sebelum jambatan tersebut pecah.

Susulan daripada kejadian itu, dua daripada mereka tergantung di besi landasan kaca yang pecah manakala dua lainnya terjatuh ke dasar tanah. Difahamkan, seorang mangsa yang mengalami kecederaan parah dilaporkan meninggal dunia.

Berikutan daripada kejadian itu, kawasan tersebut kini ditutup untuk siasatan lanjut. Pihak berkuasa turut memanggil beberapa saksi termasuk pemilik dan pengelola kawasan peranginan tersebut untuk disoal siasat.