Janda 20 tahun kahwin kali ke 2, pilih suami usia 70an

Janda 20 tahun kahwin kali ke 2, pilih suami usia 70an

 

Benarlah orang kata, cinta tidak pernah mengenal usia sekiranya perasaan sayang semakin kuat dan percaya seseorang itu mampu memberi kebahagiaan kepada dirinya dan pasangan.

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita berusia 20 tahun kerana sudi menjadi isteri kepada lelaki yang berusia lingkungan 70-an seperti mana tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut wanita dikenali sebagai Nik, dia mendedahkan ia adalah perkahwinan kali kedua bagi dirinya memandangkan sudah pernah bernikah pada usia 18 tahun.

“Umur akak 20, suami 70 tahun lebih. Nik dah biasa kahwin dengan orang tua, dari umur Nik 18 tahun lagi, lepas habis sekolah terus kahwin,”jawabnya.
@aladamramadhan

nik syg warga emas….

♬ original sound – CEO OF AI MANGA – CEO OF AI MANGA

Namun, hubungan mereka tidak kekal lama kerana suami pertama meninggal dunia kerana sakit dada.

“Suami pertama dah meninggal dunia, sakit dada. Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa.
“Lepas mama cakap lelaki tu berumur, Nik tak cakap apa sebab Nik sayang warga emas,”ujarnya.

Suami ada kereta, rumah sendiri

Apa yang membuatkan dia bahagia adalah suaminya memiliki kereta dan rumah sendiri selain menganggap usia bukanlah penghalang untuk terus gembira.

“Mama cakap dia sudah ada kereta dan rumah sendiri, Nik pun gembira senang nak bawa Nik pergi jalan-jalan,”ujarnya lagi.
@nik.164

♬ suara asli – alqowi

Rata-rata warganet seakan terkejut dan tidak menyangka Nik sudah dua kali berkahwin dengan lelaki jauh berusia darinya. Namun, mereka tetap bersyukur dan tumpang gembira dengan jodoh yang ditetapkan.