Janda anak 4 tawar diri jadi madu, Siti Elizad terkedu diperli tak mampu bagi zuriat

Janda anak 4 tawar diri jadi madu, Siti Elizad terkedu diperli tak mampu bagi zuriat

 

Pelakon Siti Elizad mendedahkan masih ada wanita tidak dikenali menghantar mesej kepadanya meminta izin untuk bermadu dan menjadi isteri kedua suaminya.

Memetik mStar Online, Eliza berkata wanita tersebut bertindak berani apabila menghantar mesej setiap kali dia memuat naik gambar bersama suami di Instagram.

Malah, lebih mengeutkan wanita itu mengatakan bahawa dia meminta untuk menjadi isteri kedua kerana pelakon itu tidak boleh memberi zuriat buat suami.

“Mungkin ada yang dengar dan cakap betul ke ada orang minta untuk jadi isteri kedua, itu adalah betul ya malah pelik dekat media sosial sekarang ni makin berani pula ya wanita diluar sana.

“Wanita tu minta untuk jadi isteri kedua sebab dia cakap saya tak boleh bagi anak, dia yakin sebab sudah ada empat orang anak dan hanya minta suami jaga dia serta anak-anak saja.

“Agak terkedu juga soalan tu sebab bukan kali pertama malah baru-baru ini pun ada lagi dia mesej, saya okay saja kalau nak sangat cuba la mesej suami saya,” katanya.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama. Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.