Janda terpaling ‘hot’, Siti Saleha tayang teman lelaki terbaru, sekali peminat tanya status agamanya

Janda terpaling ‘hot’, Siti Saleha tayang teman lelaki terbaru, sekali peminat tanya status agamanya

Teka-teki siapakah gerangan lelaki tampan yang sering dilihat bersama janda terpaling ‘hot’ di Malatsia, Siti Saleha Mohd Baharum akhirnya terungkai baru-baru ini.

Ini selepas pengakuan jujur dibuat pelakon berdarah kacukan itu yang menjelaskan status lelaki kacukan didakwa kekasih barunya yang dikenali sebagai Joshua Fitton adalah individu yang dimaksudkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, aktres itu mengakui sekarang ini adalah fasa untuk mereka berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

Meskipun enggan mengulas lanjut hubungannya itu, Siti Saleha berharap agar peminat dan orang ramai di luar sana tidak melebih-lebih soal perhubungannya itu.

“Buat masa sekarang kami sedang mengenali hati budi masing-masing walaupun saya akui dia adalah lelaki yang saya maksudkan sebelum ini.

“Namun, saya berharap apabila saya berkongsi gambar bersamanya semua orang tidak melebih-lebih fikir apa yang perlu kami lakukan seterusnya,” katanya.

Memetik laporan Gempak, pelakon popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku ini berkongsi antara bibit perkenalannya bersama Joshua yang juga seorang pereka fesyen.

“Pada mulanya saya hanya mengenali adik dia, kemudian baru mengenalinya. Semuanya berjalan dengan baik.

“Joshua seorang pereka fesyen dan yang penting dia belum kahwin dan tidak mempunyai anak,” jelasnya.

Terdahulu, Saleha akhirnya mendedahkan wajah kekasih hatinya selepas membuat kemunculan bersama dalam sebuah acara anjuran Citta Bella Malaysia.