“Jangan bangga sangat, ada hati yang menderita” – Noorkhiriah

“Jangan bangga sangat, ada hati yang menderita” – Noorkhiriah

 

Menerusi Instagram, pelakon wanita Noorkhiriah memberi ulasan tentang isu beristeri lebih daripada satu atau poligami dipercayai ditujukan kepada Abang Tesla.

Kata aktres hebat itu, pada zaman sekarang ada lelaki yang menjadikan ‘tambah isteri’ sebagai content sedangkan dulu dulu selalunya suami takut mahu menduakan isteri sehingga merahsiakan perkahwinan.

Tambahnya, meskipun dia tidak berada di tempat isteri pertama namun Khiriah percaya hati wanita berkenaan sangat terluka dengan apa yang berlaku.

Saya dapat rasa betapa retaknya hati dia sampailah nanti dia akan dapat satu kekuatan satu masa nanti untuk berfikir.”

Khiriah juga turut menasihati para wanita untuk tidak terlalu mudah menyukai lelaki berstatus suami orang terutamanya yang kaya.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 46 tahun tersebut turut mengingatkan mana-mana wanita yang merupakan isteri kedua agar tidak berasa bangga.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Cuma nak pesan jangan bangga sangat, ada hati yang menderita.”

noorkhiriah