Jangan cerca, doakan mereka yang ditimpa COVID19, tegas Mohamad Sabu

Jangan cerca, doakan mereka yang ditimpa COVID19, tegas Mohamad Sabu

Saudara saudari sekalian. Sebagai parti politik yang meletakkan Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar perjuangan, kita hendaklah berhadapan dengan lawan politik kita dalam isu rasuah, penyelewengan dan ketidak cekapan urus tadbir. Tetapi apabila lawan politik kita ditimpa penyakit khususnya ketika ini positif Covid 19, maka kita hendaklah mendoakan kesihatan mereka dan bukannya mengutuk mereka yang dalam keuzuran.

Islam melarang kita mengutuk orang yang ditimpa penyakit termasuklah yang berbeza agama. Ambillah tauladan Solehudin Al Ayubi yang menghantar perawat untuk merawat lawannya dalam perang salib sehingga sembuh. Sesiapa sahaja yang ditimpa musibah Covid 19 ini termasuklah Donald Trump hendaklah kita doakan mereka sembuh. Kita berlawan dengan mereka apabila mereka sihat bukannya sakit.

Disamping itu, hendaklah kita saling memperingati diri masing masing agar sentiasa mematuhi arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang penularan wabak ini.

MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara