Betulkan niat berniaga
Susulan itu, pelakon dan usahawan Adam Corrie Lee terpanggil untuk mengulas mengenai isu berkenaan. Menerusi hantaran di Facebook, Adam menegaskan kepada TikTokers itu atau mana-mana pempengaruh bukan Islam untuk memperbetulkan niat dalam perniagaan.
Malah, aktor itu turut berpesan agar tidak ada mana-mana TikTokers yang sengaja menggunakan nama Islam sebagai cara meraih keuntungan dan kepentingan peribadi.
Saya terbaca kisah seorang TikToker yang belum muslim yang ingin peluk Islam kerana ingin dapatkan sales. Saya tak pasti ia sahih ke tidak. Allah Maha mengetahui-Nya.
Bagi saya sebagai sebangsa dengan TikToker tersebut. Niat anda sudah tidak betul.
Ingin menggunakan status agama untuk meraih keuntungan. Bukan kerana ingin menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Saya sarankan mana-mana TikTokers/influencer bukan muslim untuk tidak menggunakan agama Islam sebagai cara meraih keuntungan dan kepentingan diri sendiri.
Bagaimanapun, kata Adam atau nama Islamnya Adam Corrie Lee Abdullah, tidak salah sekiranya TikTokers berkenaan benar-benar mahu mendalami Islam, namun perlu berhati-hati dan perbetulkan niatnya.
Tak salah, nak belajar kenal Islam tapi hati-hati, betulkan niat anda. Atau Hanya untuk content semata-mata atau sebaliknya. Saya tak tahu.
Kita hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Kita kena saling hormat menghormati.
Sengaja guna Islam
Dalam masa sama, pelakon Anak Rimau The Movie turut berkongsi pengalamannya ketika membantu individu yang ingin memeluk Islam. Adam mendedahkan, dia tidak menafikan apabila wujud pasangan yang memeluk Islam hanya kerana mahu berkahwin dan meraih keuntungan.
Tidak dinafikan ramai juga kes yang saya kendali masuk Islam sebab nak kahwin dan raih keuntungan.
Jadi sebagai pasangan mualaf, anda perlu bimbing pasangan anda jika anda rasa tanggungjawab sebagai muslim. Bimbing mereka di jalan yang betul.
Kalau yang niat nak masuk Islam dan kahwin wanita Islam sebab kepentingan diri.. anda tak akan ke mana.. nanti anda akan salah Islam jika tujuaan utama peluk Islam nak dapat kekayaan tak tercapai. Fikir-fikirkan.. agama bukan untuk di buat main-main.
Selalunya, sebelum saya syahadahkan seseorang, saya akan tanya ada orang paksa atau tidak. Betulkan niat untuk peluk Islam, niatkan semuanya kerana Allah.
Jika ada bawa pasangan, pasangan tersebut saya nasihatkan untuk selalu bimbing mereka. Jangan lepas tangan, bawa mereka ke kelas belajar agama. Bimbing dan terus bimbing.