“Jangan lupa asal usul kita..” – Alif Satar imbau kenangan tinggal di rumah flat

“Jangan lupa asal usul kita..” – Alif Satar imbau kenangan tinggal di rumah flat

Pelakon dan penyanyi  popular,Alif Satar mengimbau kembali kenangan manisnya ketika membesar di sebuah rumah flat di Wangsa Maju ketika waktu kecil.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Alif di laman Instagramnya, dia memaklumkan membesar di rumah flat tersebut sekitar tahun 1990 hingga 1997 dan kemudiannya berpindah ke United Kingdom (UK) kerana ibu bapanya menyambung pelajaran di sana.

 

 

“Baru-baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam Studio Sembang yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’, ni haa.. Blok E1, Wangsa Maju seksyen 2.
“Kami tinggal di sini dari tahun 1990 sampai darjah satu sampai 1997, kemudian ibu bapa saya berpindah ke United Kingdom (UK) sebab diaorang dapat scholarship belajar sana,” katanya.

Sebaik sahaja keluarganya selesai menghabiskan pembelajaran di UK, Alif tinggal semula ke kawasan tersebut sehingga tahun 2000 dan berpindah ke Hartamas memulakan kehidupan yang baharu.

Apa yang menggembirakan hati penyanyi yang berusia 32 tahun itu, dia berpeluang membawa anak-anaknya ke lokasi dia membesar ketika waktu kecil dahulu.

“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru la pindah ke Hartamas. Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu.
“Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun duduk ada lagi kat sini!! Mereka sangat baik, saya doakan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alif sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak melupai asal usul kita jika sudah berjaya dan sentiasa menghormati orang sekeliling yang banyak membantu kita selama ini.

“Tak kira lah korang dah berjaya macam mana sekali pun, jangan pernah lupa asal usul. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu, hargai dan ingat orang yang mengiringi anda selalu,” jelasnya lagi.