“Jangan lupa tarikh ‘naik’ mahkamah”, Fatin Afeefa jawab sindiran bekas suami dengan foto terkini bersama suami baru
Peminat hiburan tanah air terus teruja menantikan episod babak drama antara pelakon Faten Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz.
Semalam, Adam Shahz dilihat menyindir jandanya itu selepas dimaklumkan jandanya itu telah selamat diijabkabulkan dengan jutawan pelaburan muda berusia 30 tahun, Aliff Awang seperti dipetik akhbar Kosmo! Online.
“Alhamdulillah atas pernikahan, cuma jangan lupa tarikh ‘naik’ mahkamah pada 26 Januari depan” – Adam Shahz
Ditanya tentang perasaannya, bintang Juvana itu menegaskan lebih selesa memberi fokus terhadap perkembangan anak tunggalnya, perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, berbanding perkara lain.
“Saya enggan ulas apa-apa sebab kami tiada kaitan lagi, cuma apa pun saya sudah bersedia ke mahkamah bagi kes hak penjagaan Ivy selepas dua bulan tidak dapat berjumpanya.
“Saya bukan mahu berebut anak, hanya berharap jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak selain memberikan saya peluang bertemu Ivy.
“Ini pun baharu perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu, tetapi yang pasti saya akan tetap berjuang. Biar apa pun, saya akur kepada keputusan mahkamah,” ulasnya lagi.
Namun, tanpa menunggu lama, Fatin Afeefa dilihat memuat naik foto terbarunya bergambar di hadapan sebuah kereta mewah bersama suami barunya itu.
Rata-rata peminat hiburan menganggap foto tersebut ditujukan kepada Adam Shaz sebagai menjawab sindiran bekas suaminya berkenaan tarikh naik mahkamah 26 Januari akan datamg.
Sementara itu, mengulas mengenai komen ‘pedas’ segelintir individu dalam laman sosial, Adam yang kini bercuti bersama keluarga di Thailand memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang melemparkan tohmahan terhadapnya .
Katanya, fitnah yang mendakwa perkahwinan Fatin membuatkan dirinya makan hati sengaja dibangkitkan golongan tertentu bagi memanaskan keadaan.
“Saya pun baru tahu nama saya sekali lagi dikuis dalam ruangan komen laman sosial dengan ada yang secara terang-terangan meninggalkan pelbagai tuduhan.
“Padahal saya kini bercuti bersama keluarga di Haadyai, Thailand sejak Khamis lalu, sekali gus tiada kaitan dengan mana-mana peristiwa.
“Nampaknya mereka semakin melampau dan jangan ingat peguam saya tak bertindak sebab ada penfitnah sebelum ini sudah terima notis tuntutan,” luahnya.
Bagi Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, rangkaian komen yang konon menebak penerimaan buruknya berdepan berita membabitkan bekas isteri nyata sengaja mencetuskan prasangka buruk.
Sebelum ini perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,