“Jangan lupa undi saya ya” – Bell Ngasri sempat berkempen, ingatkan rakyat undi ABPBH35
Umum sedia maklum, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri tercalon dalam carta Top 5 Pelakon Komedi Popular bersama beberapa lagi nama hebat bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35 tidak lama lagi.
Dan, ini merupakan pengiktirafan buat kali pertama dalam hidup Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri sepanjang lebih 30 tahun dalam karier sebagai anak seni.
Ia bukan sahaja membuatkan pelakon berusia 43 tahun teruja, bahkan para peminat yang tidak ketinggalan mahu mengundi apabila mendapat tahu titik peluh Bell dalam dunia seni hiburan akhirnya mendapat perhatian.
Jangan lupa undi saya ya…
Terbaharu, Bell dalam satu hantaran menerusi platform Instagram miliknya dilihat sempat berseloroh sambil meninggalkan pesanan buat sekumpulan pelajar untuk mengundinya bagi ABPBH35 yang bakal berlangsung pada
Dalam hantaran tersebut, turut kelihatan Bell sedang menyambut salam para pelajar lelaki sebelum meninggalkan pesanan buat mereka dan bergambar bersama.
“Baik, salam juga. Jangan lupa undi saya ya. Yak yak yeii, bukan sebagai menteri tetapi ABP ye, ABPBH ya baru betul.
“Gunakan handphone itu untuk mengundi abang ya,”ujarnya.
@ohbulanofficial BARKOBA 😂 Betul ke ramai undi Bell Ngasri menang ABPBH35? #ohbulan #sembangentertainment #bellngasri #abpbh35 #barkoba
Bell turut mengakui dirinya gagap ketika menyebut ABPBH kerana tidak pernah tercalon sebelum ini.
Steady buat kempen, setiap hari undi
Rata-rata warganet termasuk rakan-rakan artis turut terhibur dengan hantaran dikongsikan oleh pelakon telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa dan berharap agar dapat menang anugerah tersebut.
Selain itu, ada juga berseloroh dan berharap agar pelawak tersebut tidak menaikkan harga sekiranya memenangi anugerah berkenaan.
Populariti Bell kembali meledak selepas membawa watak Barkoba (orang tidak berpuasa) dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang.
Sekadar info, bagi kategori Artis Komedi Popular, Bell bersaing dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.