“Jangan masuk campur atau berhadapan dengan tindakan undang-undang” – Musa Hassan

“Jangan masuk campur atau berhadapan dengan tindakan undang-undang” – Musa Hassan

Tular di media sosial satu video menunjukkan seorang lelaki bergaduh dengan isterinya dan ramai yang mendakwa bahawa individu berkenaan adalah Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Biar betul? Korang tengok dah video tu?

Menurut laporan Harian Metro, bekas Ketua Polis Negara itu tampil dengan meminta orang ramai untuk menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.

Beliau mengatakan perkara ini ketika menjawab satu pertayaan dari netizen di Twitter.

Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Haa, jangan memandai. Hal keluarga biarlah mereka yang selesaikan sesama mereka ya.