“Jangan mudah percaya dengan papan tanda ‘NO PORK, NO LARD’ kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat” – Chef ini dedah rahsia dunia masakan yang menakutkan

“Jangan mudah percaya dengan papan tanda ‘NO PORK, NO LARD’ kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat” – Chef ini dedah rahsia dunia masakan yang menakutkan

 

Sejak kebelakangan ini, media sosial telah dibanjiri tentang status makanan viral Nasi Ayam Claypot di sebuah restoran di Sri Petaling, Selangor.

Kes berkenaan mula viral setelah satu video tular menunjukkan hidangan tersebut dimasukkan dengan ‘rice wine’.

Sejurus itu, orang ramai dilihat tampil memperdebatkan isu tersebut serta membincangkan tentang status hidangan berkenaan.

Nasi Ayam Claypot: Haram Hukumnya Guna Cuka Arak Dalam Makanan

Pakar Industri Halal Negara iaitu Ustaz Mohd Amri Abdullah telah terpanggil bagi menjelaskan tentang penggunaan sesuatu bahan yang mengandungi arak di dalam makanan.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan bahawa haram menggunakan ‘wine vinegar’ atau apa-apa jenis bahan yang mengandungi arak dalam proses dan penyediaan makanan

Jelas Mohd Amri, walaupun cuka arak yang diletakan dalam sesuatu makanan itu tidak memabukkan, namun hukuman adalah tetap HARAM.

Mabuk ke tak mabuk hukumnya adalah haram, kerana ia adalah arak.

Pakar Industri Halal Negara iaitu Ustaz Mohd Amri Abdullah.

@ustazamrihalal

Isu video viral Nasi Ayam Claypot. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 pd 26-27 Jun 2006 telah memutuskan bahawa HARAM menggunakan cuka wain (wine vinegar) dalam proses dan penyediaan makanan. #ustazamrihalal #amrihalal #halal #winevinegar #cukaarak #makananviral #nasiclaypot #makananviral #videoviral #fyp

♬ original sound – Ustaz Amri Halal – Ustaz Amri Halal

Individu Bekerja Sebagai Cef Dedah Fasa Dunia Masakan Yang Ramai Tak Tahu

Seorang cef yang juga pengasas Makanan Thai Food Abang Ameen iaitu Abang Ameen baru-baru ini telah mengetengahkan isu ini dengan penjelasan dan pendedahan yang sedikit sebanyak mampu untuk membuka mata orang ramai tentang dunia masakan.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang isu ini. Jadi, diharapkan perkongsian Abang Ameen yang panjang lebar ini dapat dijadikan pengajaran dan semoga umat Islam di luar sana akan lebih cakna dan tidak mengambil enteng dalam pemilihan kedai makan mahupun hidangan yang ditawarkan.

Perkongsian Abang Ameen ketika ini telah menerima 5.3 ribu perkongsian dengan lebih 376 komen positif ditinggalkan. Baca penuh di bawah:

“Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan. Berwaspadalah saudara semua apa yang hendak kita makan. Sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk mukadimahnya.

“Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikan itu,” jelas Abang Ameen.

‘Fasa Dunia Masakan’

Mengulas lanjut, Abang Ameen menjelaskan bahawa, “Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu.

“Termasuklah Anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa & katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.”

Hati-hati Jika Ingin Makan Di Luar Terutamanya Hidangan Nasi Ayam, Mee Kari, Sup dan Sebagainya

Abang Ameen dalam masa yang sama turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan cakna ketika menikmati hidangan di luar.

“Terutama NASI AYAM, MEE KARI, SUP & segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang syubhah. Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK, NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat. Hanya kami yang mengetahui,” tegasnya.

Beliau turut memohon maaf jika penulisannya itu menyinggung sesetengah pihak.

“Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Inilah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu. Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua,” tulisnya.