“Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan” – Aishah
Penyanyi yang juga salah seorang peserta rancangan All Stars Gegar Vaganza Datuk Wan Aishah Wan Arifiin atau lebih mesra disapa sebagai Aishah memberikan teguran terhadap pengacara sensasi, Azwan Haji Ali atau Diva AA selepas didakwa telah mengecamnya di media sosial.
“Saya Kenal Awak Dari Masa AJL Muzik-Muzik…”
Menurut Aishah, dia mengenali Azwan Haji Ali sejak zaman Anugerah Juara Lagu (AJL) pada era 90-an dan mengenali pengacara tersebut sebagai lelaki yang sangat baik.
“Alhamdulillah semoga dengan kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas. Di kalangan artis pun anda. Walaupun saya tak baca, tapi saya boleh bayangkan bahasa yang digunakan.
Azwan Ali, saya tak kenal awak sebagai Diva AA. Saya kenal awak dari masa AJL Muzik-Muzik. Saya kenal awak sebagai lelaki yang baik. Saya tahu awak dah beberapa kali cuit saya, tapi saya diamkan sahaja. I dismissed it as Diva AA doing his thing.” – tulis Aishah
Titip Doa Buat Diva AA
Berpendapat dirinya dan Diva AA bukan lagi kanak-kanak, Aishah turut menitipkan doa buat pengacara sensasi ini agar diberikan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.
“Saya harap anda suatu hari nanti dapat mencari ketenangan dan kebahagiaan. Saya selalu tertanya-tanya, ‘what happened with this guy, so much anger inside and i do believe deep down, so much pain’.
Azwan, kita bukan budak-budak lagi. sebagai rakan, saya doakan Allah SWT berikan awak ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Orang kata bagaimana kita hidup akan kelihatan nanti bila sakaratul maut. Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan.” – tegur Aishah