Janji lama pun tak tertunai, Muhyiddin sekali lagi cuba tabur janji palsu kepada rakyat

Janji lama pun tak tertunai, Muhyiddin sekali lagi cuba tabur janji palsu kepada rakyat

KERAJAAN bersedia untuk membenarkan syarikat beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isnin berkata kerajaan akan menyediakan beberapa insiatif bagi menarik syarikat menyertai Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (Pikas) yang membolehkan premis mereka dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi tujuan menjalankan program imunisasi kepada pekerja.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan menyediakan bekalan vaksin, manakala pihak syarikat atau kilang hanya perlu memudahcara urusan logistik yang berkaitan. Sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan Pikas.

“Di bawah inisiatif ini antara lainnya kerajaan bersetuju majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp), boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10 peratus bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin Covid-19.

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.

Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan Covid-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV.

“Kerajaan bersedia mempertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin,” katanya.

Sumber – MStar