Janji mansuh mata pelajaran matematik tambahan, tawaran Radzi Jidin undang sindiran pakar akaun

Janji mansuh mata pelajaran matematik tambahan, tawaran Radzi Jidin undang sindiran pakar akaun

Dia ni ada professional accounting tak?

So far aku dengar dia claim dia ada PhD laa.. PhD in Audit.

Sepanjang hidup aku, ni baru pertama kali aku dengar wujudnya PhD in Audit.. setahu aku PhD in Accounting adalah..

Kalau kau niat nak prepare students untuk Degree, Master atau PhD Accounting, tak payah Add Math pun takpe.

Kebanyakkan Master dengan PhD Accounting semua sembang pasal Corporate Governance aje pun.

Tapi claim Master /PhD in Accounting 🤣

Celah mana Corporate Governance tu cabang Accounting aku pun tak tahu..

Cuba la ambik paper ACCA Advanced Financial Management tanpa Add Math…(bukan MIA atau Public Sector accounting body yek… )

Even accounting sekarang ni pun kena power financial maths especially on valuation of financial instruments atau hedge accounting.

Accounting sekarang ni bukan macam zaman dulu2 Debit Credit. Tahu tu orang dah panggil kita Tuan Akauntan dah. Padahal tu level kerani akaun aje.

Zaman sekarang, pokok kelapa sawit tu pun ada susut nilai. Di US, siapa tanam Ganja secara komersial kena susut nilai pokok2 ganja tu.

Menangis Bob Marley kalau dia hidup lagi.

Tapi kalau Universiti2 Malaysia, pensyarahnya ajar Financial Instruments pun sentuh definition dan pakai text book examples, student2 tak payah ada add maths pun takpe dah.

Financial maths CFA atau professional Actuaries pun level engineering maths.

Tu pasal Wall Streets penuh dengan finance analysts with science and engineering background macam physicists atau engineers.

Yang mula2 detect akan berlaku subprime crisis 2008 di US adalah analyst yang juga Medical Doctor (bukan doktor PhD ni..)… dia betting market jatuh dan biat profit lebih 700% (kalau tak 1000%).

Ingatkan kita nak ke depan.

Makin ke belakang kita.

Aku pun nak buat belah tengah lah. Nampak cerdik sikit.

Sumber – Arzim Naim