JASA dapat peruntukan terlalu besar, Umno mahukan penjelasan Kerajaan PN
Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau tidak nampak mengapa JASA memerlukan peruntukan sebegitu banyak.
“Saya juga tertanya-tanya mengenai peruntukan ini. Oleh itu, kerajaan dan kementerian terbabit perlu jelaskan,” katanya.
Namun, sekiranya ia untuk kegunaan luar bandar seperti Jabatan Penerangan, tidak mengapa,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempertikaikan peruntukan yang diperoleh JASA.
”JASA dapat RM85.5 juta Program Pediatrik (perubatan kanak-kanak) KKM dipotong RM81.3 juta.
”JASA dapat RM85.5 juta. Frontliners KKM (sahaja) dapat one-off RM500, berjumlah RM50 juta,” ujarnya.
Sumber: MalaysiaGazette