Jatuh sakit selepas konsert, Ubai setia temani Shila Amzah di Hospital

Jatuh sakit selepas konsert, Ubai setia temani Shila Amzah di Hospital

Penyanyi terkenal, Shila Amzah baru sahaja melangsungkan Konsert Jelajah Journey To The Future di Plenary Hall, KLCC malam tadi.

Konsert jelajah yang bermula di KLCC  tersebut diadakan selama dua jam dengan menampilkan 40 buah lagu yang dinyanyikan oleh Shila secara ‘medley’.

Shila tewas selepas konsert pertama

Bagaimanapun, usia menjayakan konsert tersebut,  pemilik Nurshahila Amir Amzah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan khabar itu dikongsikan menerusi laman Insta Story milik penyanyi berusia 33 tahun.

Difahamkan, pelatun lagu Patah Seribu itu diserang asma dan mendapatkan rawatan nebulizer serta drip

“Gagal,”kongsi Shila berserta emoji menangis dalam keadaan masih bersolek.

Ada ubai setia menemani…

Namun, Shila tidak keseorangan berada di hospital bagi mendapatkan rawatan apabila turut hadir bersama teman lelakinya, pempengaruh media sosial, Ubai menemaninya di tepi katil.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mendoakan agar Shila kembali sihat selain menyertakan beberapa buah lagu dalam sebuah hantaran di laman Insta Story miliknya.

Wah, nampak sweet saja mereka berdua ini! Semoga Shila Amzah kembali sihat kerana ramai peminat menanti akan kehadirannya bagi memeriahkan konsert yang akan datang.

Selain Kuala Lumpur, Shila turut  mengadakan konsert di Sabah, Pulau Pinang, Singapura dan dua konsert di Indonesia.