Jawatan kosong & cara mohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Jawatan kosong & cara mohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

 

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

  1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
  2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29
  3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
  4. PENGHANTAR NOTIS N11
  5. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN

Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN).

Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : 29 JANUARI 2023

Bagi jawatan Gred 19 dan 11 sahaja pemohon-pemohon perlu memilih jawatan seperti berikut semasa mengisi borang permohonan :-

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (SPA Perak)
Penghantar Notis Gred N11 (SPA Perak)
Pembantu Awam Gred H11 (SPA Perak)

Panduan untuk pemohon :

Di Menu Jawatan Yang Dimohon sila pilih Lantikan Kontrak/Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.