Jelaskan sudah berpisah dengan 2 isteri, Boss Kay dan Tash Yong nikah di luar negara

Jelaskan sudah berpisah dengan 2 isteri, Boss Kay dan Tash Yong nikah di luar negara

 

Sering terlihat mesra bersama dalam gambar atau video yang dimuat naik ke mdia sosial, akhirnya pelakon dan pengacara, Tash Yong mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Boss Kay atau nama penuhnya Khaireel Azlee Abdul Aziz.

Hari bahagia dengan influencer itu rupanya dilangsungkan pada 8 April lalu di sebuah lokasi bertempat di luar negara.

Bakal adakan resepsi khas bulan 11 nanti

Tiada niat mahu merahsiakan ikatan suci berkenaan daripada pengetahuan umum, namun mereka cuma menunggu masa yang sesuai selari dengan persiapan mengadakan majlis resepsi pada bulan 11 akan datang.

Tambah pula, Tash Yong berkata ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan mereka berdua terlebih dahulu.

Cik Pia & Noni telah berpisah dengan Boss Kay

Persoalan mengenai status terkini 2 isteri terdahulu suaminya juga sempat dijawab. Jelas Tash Yong, Boss Kay, Nooraini Noni (isteri pertama) dan Nursufia Johari (isteri kedua) telah pun berpisah secara rasmi.

Walau bagaimanapun, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai topik berkenaan.

Noni (kiri) & Cik Pia (kanan)

Kami selalu bersama…Mahu elak fitnah, lebih baik kami bernikah

Atas niat baik untuk mengelakkan fitnah, kedua-duanya akhirnya mengambil keputusan bernikah.

Dek kerana berdepan dengan fitnah pihak tertentu, mereka memilih untuk melangsungkan ikatan di luar Malaysia.