Jemaah OKU, nyanyuk antara ditahan ingkar SOP Solat Jumaat di Kedah

Jemaah OKU, nyanyuk antara ditahan ingkar SOP Solat Jumaat di Kedah

Polis mengeluarkan kompaun ke atas 13 daripada 34 individu yang didapati berkumpul dan menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Tindakan itu hasil pemeriksaan sepasukan polis bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di masjid tersebut kira-kira pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, jemaah berusia antara 18 hingga 82 tahun itu dikenakan kompaun RM1,500 seorang.

Katanya, kompaun sebanyak RM10,000 turut dikeluarkan terhadap pihak masjid kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebaik tiba, kita dapati khutbah sedang dibacakan. Tidakan kompaun dikenakan selepas jemaah selesai menunaikan solat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 34 jemaah, namun hanya 13 yang dikompaun kerana bakinya terdiri daripada pelajar sekolah serta orang kelainan upaya (OKU) termasuk seorang yang menghidap penyakit nyanyuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah selepas selesai mengetuai operasi tersebut di sini hari ini.

SOP di Kedah menetapkan hanya 13 jemaah sahaja melibatkan pegawai dan jawatan kuasa kariah masjid dibenarkan menunaikan solat Jumaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Sumber : Kosmo Online